Sedia Jaminan Keselamatan Kukuh demi Kebangkitan Bangsa: Xi

2024-01-14 15:38:18  CRI
Share with:

Badan kehakiman, pendakwa raya dan keselamatan awam perlu menjunjung pimpinan Parti Komunis China (PKC) dan menggalas tanggungjawab untuk memberi jaminan keselamatan kukuh kepada pembangunan negara kuat dan kebangkitan bangsa.

Arahan itu dibuat Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC yang juga Presiden China Xi Jinping kepada kerja kehakiman, pendakwa raya dan keselamatan awam baru-baru ini.

Beliau menuntut perlunya mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman masyarakat, memelihara kepentingan rakyat dan menegakkan keadilan sosial.

Antara perkara lain yang turut ditegaskan beliau termasuk memberi jaminan kepada pembangunan berkualiti tinggi menerusi keselamatan bertaraf tinggi, memelihara order ekonomi pasaran sosialis dan memperkasa pembangunan iklim perniagaan berlandaskan undang-undang dan lain-lain.