China dan Mesir Umumkan Kenyataan Bersama mengenai Krisis Gaza

2024-01-15 14:59:55  CRI
Share with:

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Mesir, Sameh Shoukry memgadakan rundingan di Kaherah pada Ahad waktu tempatan, dan turut mencapai persepakatan mengenai isu Palestin termasuk krisis Gaza dan konflik Palestin-Israel.

Kedua-dua pihak selepas bertukar-tukar pendapat, mencapai persepakatan bahawa gencatan senjata mesti diwujudkan dengan segera secara menyeluruh, sedangkan semua tindakan kekerasan dan pembunuhan serta serangan yang menyasarkan rakyat jelata dan kemudahan awam perlu dihentikan.

Kedua-dua pihak amat bimbang akan situasi kemanusiaan yang makin memburuk di kawasan Gaza dan kesengsaraan yang dialami penduduk Gaza, dan menyeru masyarakat antarabangsa termasuk pihak-pihak penderma memberikan sokongan dengan apa cara jua kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin.

Kedua-dua pihak juga memberikan perhatian kepada perkembangan situasi Laut Merah, dan menganggap ia perlu dikaitkan dengan situasi Gaza yang dilihat sebagai sebab utama yang mencetuskan ketegangan terbabit.

Masyarakat antarabangsa digesa perlu memikul tanggungjawab, bersiap sedia melaksanakan visi "penyelesaian dua negara" menurut resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan menjadikan itu sebagai asas untuk meneroka masa depan politik yang boleh mewujudkan kedamaian Palestin-Israel dan membantu rakyat kedua-dua negara hidup bersama secara damai.