Wang Yi Bentangkan Lagi Pendirian China Berhubung Situasi di Gaza

2024-01-15 15:27:19  CRI
Share with:

Berhubung situasi semasa di Genting Gaza, China menegaskan lagi bahawa tugasan yang paling penting buat masa sekarang adalah mewujudkan gencatan senjata secepat mungkin, yang paling mendesak adalah menggalas tanggungjawab memastikan kelancaran dalam pemberian bantuan kemanusiaan,  hasrat rakyat Palestin dihormati dalam tadbir urus Gaza pada masa depan, dan pelan "dua negara" dijadikan pendekatan bagi penyelesaian isu Palestin secara adil.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media bersama dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Sameh Shoukry di Kaherah semalam.

Dimaklumkan, China akan membekalkan bantuan kecemasan kemanusiaan kepada rakyat Gaza untuk fasa ketiga. Sementara itu, China menyesyorkan persidangan damai antarabangsa yang lebih besar, berwibawa dan berkesan diadakan bagi menyusun dan melaksanakan jadual konkrit dan peta garisan bagi penyelesaian "dua negara", dan menyokong Palestin dengan Israel memulihkan rundingan damai dengan secepat mungkin demi mewujudkan kedamaian antara kedua-dua negara serta hidup harmoni antara bangsa Arab dengan Yahudi.