China Prihatin akan Situasi Laut Merah yang Meruncing

2024-01-15 14:02:59  CRI
Share with:

China amat prihatin akan situasi di Laut Merah yang makin meruncing pada masa kini. Laut Merah merupakan laluan perdagnagan kargo dan sumber tenaga antarabangsa yang penting. China menyeru agar gerak geri menyerang dan mengganggu kapal awam dihentikan supaya dapat memastikan kelancaran rantaian industri sejagat dan order perdagangan antarabangsa terjamin. 

Demikian dinyatakan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi dalam sidang media selepas mengadakan rundingan denga Menteri luar Mesir, Sameh Shoukry di Kaherah pada Ahad waktu tempatan.

Wang menambah, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) tidak pernah memberikan mandat kepada mana-mana negara pun untuk mengambil tindakan keras terhadap Yaman. Hendaklah mengelakkan tindakan yang mengapi-apikan situasi Laut Merah yang sudah tegang yang boleh menambah risiko keselamatan keseluruhan di rantau itu.

Menurut beliau, ketegangan di Laut Merah berpunca dari pengaruh limpahan konflik di Gaza, dan yang paling mendesak pada masa sekarang adalah menghentikan pertempuran di Gaza dengan secepat mungkin supaya dapat mengelakkan konflik daripada terus berleluasa bahkan tidak terkawal. Pelbagai pihak semestinya bersama-sama memelihara keselamatan laluan pelayaran di Laut Merah, serentak itu menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah pelabagai negara di pesisir Laut Merah termasuk Yaman.