Taiwan Pasti Kembali ke Pelukan China

2024-01-15 15:43:35  CRI
Share with:

Semalam, apabila Satria memuat naik gambar sejenis ubat tradisional China di Facebook, ada kawan yang bertanya nama herba itu. Nama herba itu “Dang Gui”, yang bermaksud “patut balik” dalam bahasa Mandarin. Rupa herba di dalam gambar itu seperti pulau Taiwan.

 

Sejak keputusan pemilihan pemimpin Taiwan diumumkan pada malam Sabtu lalu, ramai netizen China telah memuat naik gambar itu. Taiwan patut kembali dan pasti akan balik ke pelukan China.

 

Dunia melihat China sebagai kuasa besar. Kuasa besar ini selalu menyokong kedamaian dan kedaulatan pelbagai negara. Tetapi penyatuan kuasa besar ini telah terganggu selama kira-kira 80 tahun hingga ini. Hakikatnya, kesabaran ramai orang China semakin hilang. Penyatuan negara tidak boleh ditangguhkan lagi.

 

Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah Taiwan tidak dapat mengubah fakta bahawa Taiwan merupakan sebahagian daripada China dan tidak pernah menjadi satu negara merdeka dalam sejarah. Ia juga tidak mengubah keazaman 1.4 bilion orang China untuk mewujudkan penyatuan negara dan kemampuan Tanah Besar China untuk menyatukan negara semakin meningkat.

 

Pilihan bagi DPP hanya kaedah penyatuan, secara damai atau melalui perang. Bagi pihak Tanah Besar China, garis merah perang adalah jelas. Berdasarkan Undang-undang Anti-Pemisahan Negara China, pihak Tanah Besar akan terpaksa menggunakan kekuatan tentera dengan tiga keadaan. Pertama, berlakunya perisitiwa yang akan memisahkan Taiwan dari China. Kedua, pihak pemisah telah mewujudkan pemisahan Taiwan dari China. Ketiga, kemungkinan penyatuan secara damai hilang.

 

Pemimpin DPP yang terpilih, Lai Ching-te selalu menegaskan ia “pekerja pragmatik untuk kemerdekaan Taiwan”. Tetapi keluarganya berasal dari kaunti Pinghe, bandar Zhangzhou, provinsi Fujian. Berdasarkan statistik, kira-kira 70% penduduk Taiwan berasal dari Quanzhou dan Zhangzhou provinsi Fujian. Malah, ramai tokoh besar DPP yang bersuara lantang “Taiwan merdeka” juga pernah balik ke Tanah Besar untuk mengadakan upacara penyembahan kepada nenek moyang.

 

Lai Ching-te dan DPP adalah golongan pengkhianat bangsa China yang tidak taat kepada nenek moyang.

 

Yang lebih mengecewakan, mereka tidak berani mengumumkan kemerdekaan Taiwan supaya tercetusnya perang.

 

“Taiwan merdeka” yang mereka laungkan sebenarnya satu slogan untuk kepentingan politik saja. Bukan sekadar untuk kepentingan politik DPP, tapi juga untuk kepentingan politik Amerika Syarikat(AS) di rantau ini, iaitu menjadi pengganggu bagi pembangunan China. Lai Ching-te dan DPP cuma menjadi boneka yang didalangi AS bagi mengekalkan situasi yang tegang di kedua-dua pantai Selat Taiwan, sebab penglibatan diri dalam perang penyatuan China tidak bersesuaian dengan kepentingan AS.

 

Namun, jangan lupa, percubaan mengekalkan situasi “tidak merdeka dan juga tidak menyatukan” dalam jangka panjang bermaksud “kemungkinan penyatuan secara damai hilang”. Ini juga melanggar Undang-undang Anti-Pemisahan Negara, yang bermakna kerajaan China akan terpaksa menyatukan negara dengan menggunakan kekuatan tentera berdasarkan undang-undang.