Kapal Angkasa Kargo Tianzhou-7 Bersiap untuk Dilancarkan

2024-01-15 14:03:04  cri
Share with:

Menurut makluman didedahkan Pejabat Projek Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan China, kombinasi kapal angkasa kargo Tianzhou-7 dan roket pengangkut Long March-7 Y8 telah dipindah ke tapak pelancaran pagi tadi.

Kini, pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang terbabit di Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang berada dalam keadaan yang baik, dan selanjutnya akan diadakan pelbagai kerja pemeriksaan dan ujian sebelum pelancaran mengikut jadual.