Industri Sukan Musim Sejuk Berkembang Pesat di China

2024-01-15 15:12:03  CRI
Share with:

Sukan ais dan salji dan pelancongan pada musim sejuk berkembang pesat di China, khususnya selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022. 

Beberapa bandar di timur laut China menjadi destinasi pelancongan hangat pada beberapa tahun ini. Sementara sukan musim sejuk seperti luncur ais, skating, ski, curling, hoki ais, mendaki gunung, larian rentas desa, dan berbasikal menjadi trend yang kian mendapat sambutan dalam kalangan rakyat. 

Menurut Laporan Penyelidikan Pembangunan Industri Ais dan Salji China (2023) yang diterbitkan baru-baru ini, nilai industri ais dan salji dijangka akan mencapai RMB890 bilion (RM577 bilion) menjelang hujung tahun 2023, dan sasarannya adalah mencapai RMB1 trilion pada tahun 2025. 

Peminat sukan basikal sedang berlatih di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang di timur China. 

Penduduk menyertai sukan curling di Pusat Renang Nasional di Beijing. 

Warga emas bermain hoki ais di bandar Shenyang, provinsi Liaoning di timur laut China.

Peminat renang musim sejuk sedang berenang di Zaozhuang, provinsi Shandong di timur China. 

Pertandingan perahu layar berlangsung di bandar Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China.