Memacu Pembangunan Berkualiti Tinggi dalam Sektor Kewangan: Xi

2024-01-16 17:38:08  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menekankan bahawa laluan pembangunan kewangan China sejajar dengan hukum objektif pembangunan kewangan pada zaman moden ini, dan operasinya yang bercirikan China amat berbeza dengan model kewangan Barat pada hakikatnya.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat membuat ulasan tersebut ketika berucap pada upacara perasmian sesi pembelajaran untuk pegawai peringkat provinsi dan kementerian tentang memacu pembangunan berkualiti tinggi dalam sektor kewangan di Sekolah Parti Jawatankuasa Pusat PKC pada pagi Selasa.

Xi menyatakan bahawa perlunya memperkukuh keyakinan diri, serta terus meneroka dan menyempurnakan laluan pembangunan kawangan mengikut acuan negara agar menjadikan prospeknya makin cerah.