‘Buatan Pintar’ China Tampil di CES 2024

2024-01-16 19:00:37  CRI
Share with:

Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2024 diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 9 hingga 12 Januari, disertai lebih 4,000 buah syarikat dari lebih 150 negara dan wilayah.

Hampir 1,000 syarikat China tampil di pameran itu dengan mempertontonkan pelbagai jenis produk ‘buatan pintar’ termasuk skrin paparan, rumah pintar, produk kecerdasan buatan (AI), kereta elektrik, tenaga bersih dan lain-lain.