Sidang Tahunan 2024 WEF Buka Tirai di Davos

2024-01-16 13:13:04  cri
Share with:

Sidang tahunan 2024 Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah membuka tirai di Davos, Switzerland semalam waktu tempatan.

Pertumbuhan ekonomi, iklim dan tindakan alam merupakan antara agenda perbincangan dalam sidang tahunan yang mengangkat tema "membina semula amanah" itu,  yang menekankan dialog dan kerjasama.

Dalam tempoh lima hari selanjutnya, seramai 2,800 orang wakil dari 120 buah negara dan kawasan termasuk lebih 60 orang pemimpin negara dan kerajaan akan mengambil bahagian dalam ratusan mesyuarat dan dialog secara terbuka atau tidak terbuka untuk membincangkan pelbagai isu kecemasan yang bersifat global di samping mengeluarkan pakej penyelesaian kebolehlaksanaan yang inovatif.

Terdapat empat topik utama yang dijadikan tumpuan dalam Sidang Davos 2024, iaitu "merealisasikan keselamatan dan kerjasama dalam dunia yang berpecah-belah", "mewujudkan peningkatan dan mencipta peluang pekerjaan pada zaman baharu", "mendorong pembangunan sosioekonomi melalui kecerdasan buatan (AI)" dan "melaksanakan strategi iklim, alam dan sumber tenaga untuk jangka masa panjang".

Pengasas yang juga pengerusi eksekutif WEF, Klaus Schwab menyatakan bahawa menghadapi dunia yang berpecah-belah dan jurang perbezaan sosial yang semakin membesar, kita perlu mencari punca asal masalah, membina masa depan yang mempunyai harapan di samping membina semula amanah terhadap masa hadapan.