Beijing Sedang Menulis Sejarah, Kata Bach

2024-01-16 12:06:32  CRI
Share with:

Pada tahun 2013, Thomas Bach memilih China sebagai tempat lawatan pertamanya selepas beliau dilantik sebagai Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Pada tahun yang sama, China secara rasmi memohon penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Pada Januari 2017, Presiden China Xi Jinping melawat ibu pejabat IOC. 

"Presiden Xi adalah pakar dalam sektor sukan. Beliau berpendapat bahawa sukan amat penting untuk membina masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental," kata Bach mengimbau kembali kunjungan Xi ke Lausanne itu.

Ketika Beijing memohon untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, Presiden Xi mengatakan bahawa "sasaran terbesar China menganjurkan Sukan Olimpik kali ini adalah untuk merangsang 300 juta orang terlibat dalam sukan ais dan salji".

Dua tahun kemudian, sukan ais dan salji memang menjadi popular di negara ini. Kian ramai penduduk dari Altay, Xinjiang berminat ski; persembahan "bermain ais" di Old Summer Palace menjadi tular di Internet; fenomena "Wusong" (kabus beku pada pokok) menyerlahkan pemandangan mempesona di provinsi Jilin; dan pelancong dari seluruh negara melawat bandar Harbin untuk bermain ais dan salji... Sukan ais dan salji menjadi kian popular di negara ini. 

Netizen asing juga tertarik dan memuji keghairahan rakyat China terhadap sukan ais dan salji. 

"Tidak kira apa yang China lakukan, skalanya luar biasa dan mengejutkan." "China tidak pernah kekurangan keseronokan. Terima kasih banyak membawa kami ke Harbin". "Inilah syurga salji dan ais yang menakjubkan! Saya ingin melihatnya sendiri! Terima kasih kerana berkongsi!"

Bach berpendapat bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing adalah batu tanda dalam sejarah kerana selepas temasya sukan itu, sukan ais dan salji benar-benar menjadi sukan global.

Bach juga menzahirkan penghargaan kepada Presiden Xi atas sokongan beliau kepada Sukan Olimpik. 

"Apabila rakan kami China menetapkan matlamat, mereka akan merealisasikannya dengan iltizam dan kesungguhan yang tinggi. Inilah sebabnya Beijing sedang menulis sejarah," kata Bach.