Tiga Indeks Pembuatan Kapal China Meningkat pada 2023

2024-01-16 13:15:07  cri
Share with:

Dimaklumkan daripada Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT), dari Januari hingga Disember tahun yang lalu, China telah menyelesaikan pembuatan kapal yang kapasiti keseluruhannya mencatat 42.32 juta tan, meningkat 11.8% berbanding tempoh yang sama pada 2022, manakala menerima tempahan perkapalan baharu yang kapasiti keseluruhannya mencecah 71.20 juta tan, naik 56.4%. 

Setakat penghujung Disember tahun lalu, perkapalan China yang berada dalam proses perkilangan melibatkan kapasiti keseluruhan sebanyak 139.30 juta tan, meningkat 32% berbanding masa yang sama pada 2022.

Data statistik berkenaan mendedahkan bahawa jumlah penyelesaian pembuatan kapal, tempahan baharu dan perkapalan yang berada dalam proses perkilangan di China masing-masing menyumbang 50.2%, 66.6% dan 55.0% dalam senario global pada Januari hingga Disember 2023, dan juga masing-masing menduduki tempat pertama dalam ranking dunia.