Nauru Tamatkan “Hubungan Diplomatik” dengan Taiwan

2024-01-16 13:54:18  CRI
Share with:

Kerajaan Nauru mengumumkan secara rasmi bahawa pihaknya telah membuat keputusan tentang mengiktiraf prinsip Satu China, menamatkan “hubungan diplomatik” dengan Taiwan, dan memulihkan ikatan diplomatik dengan China.

Sehubungan ini, Jurucakap Kementerian Luar China dalam sidang media pada Isnin menyatakan bahawa China memuji dan menyambut keputusan kerajaan Nauru tersebut.

Hanya terdapat satu China sahaja di dunia ini, dan Taiwan merupakan sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan. Seperti yang sudah dikenalpasti dalam resolusi No.2758 Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kerajaan Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan yang sah yang boleh mewakili seluruh negara ini, yang juga sudah merupakan konsensus masyarakat antarabangsa. 

China mempunyai hubungan diplomatik dengan 182 nuah negara berdasarkan prinsip Satu China. Keputusan kerajaan Nauru untuk menyambung semula hubungan diplomatik dengan China sekali lagi membuktikan dengan sepenuhnya bahawa prinsip Satu China selaras dengan aspirasi masyarakat antarabangsa dan trend perkembangan zaman.

“China bersedia dengan Nauru membuka lembaran baharu dalam hubungan bilateral yang berdasarkan prinsip Satu China,” kata jurucakap itu.