Muslihat Jepun dalam Isu Taiwan
Bandar Harbin bukan sahaja berjaya menarik pelancong dari seluruh negara, malah dunia dengan sumber pelancongan ais dan salji serta perkhidmatan mesra pada musim sejuk ini. Selain pelbagai destinasi hebat tempatan, ramai pelancong juga kelihatan beratur panjang di luar sebuah dewan pameran, meskipun suhu mencapai -20 darjah Celsius. Itulah Dewan Pameran Bukti Jenayah Pasukan 731 Jepun dalam Pencerobohan di China.
Misi utama Pasukan 731 Jepun ketika itu adalah membuat penyelidikan tentang senjata biokimia, uji cuba pelbagai jenis cara memusnahkan manusia secara besar-besaran dan menyelidik daya ketahanan ekstrem manusia. Sampel yang mereka gunakan adalah orang hidup yang ditahan di China.
Pasukan 731 Jepun melakukan ujian yang kejam, termasuk menjangkitkan sampel dengan pelbagai jenis virus dan kuman, membiarkan sampel selama beberapa minggu, membekukan sampel, mendedahkan sampel pada radiasi dan lain-lain untuk melihat tindak balas mereka, selain melakukan pembedahan hidup terhadap tahanan.
Selepas perang, ramai penjenayah perang daripada Pasukan 731 ini tidak dikenakan hukuman. Hasil penyelidikan senjata biokimia Jepun di China menjadi khazanah besar Amerika Syarikat(AS). Pembicaraan terhadap para penjenayah perang yang terlibat sengaja diabaikan.
Shiro Ishii, pengasas dan pemimpin program senjata biokimia Jepun, menyerahkan semua dokumen hasil penyelidikan kepada tentera AS, dan menjadi penasihat Makmal Biologi Fort Detrick milik tentera darat AS. Pada 1951, Shiro Ishii muncul pula di Korea untuk membantu tentera AS menggunakan senjata biokimia.
Anggota Pasukan 731 yang lain pula ada yang menjadi pengurus syarikat farmasi di Jepun, ada yang menjadi ketua eksekutif hospital, selain ada yang berkhidmat di universiti, malah ada yang menjadi pegawai kerajaan negara itu. Berdasarkan catatan, masih terdapat empat lagi anggota pasukan biokimia dalam 731 yang ditempatkan di pelbagai tempat yang lain di China. Jenayah-jenayah tersebut boleh ditutup oleh AS dalam mahkamah antarabangsa, tetapi tidak akan dilupakan oleh rakyat China.
Jepun belum bersedia mengakui jenayahnya dalam Perang Dunia Kedua(WWII), malah niat jahat terhadap China diteruskan hingga kini.
Setelah mengetahui keputusan pemilihan pemimpin kawasan Taiwan, Menteri Luar Jepun, Yoko Kamikawa segera mengucapkan tahniah, bahkan merancang menghantar delegasi untuk menyampaikan ucapan tahniah.
Pada 1874, tentera Jepun buat kali pertama melancarkan pencerobohan terhadap Taiwan. Setelah mengalami kegagalan, Jepun menduduki kepulauan Ryukyu yang berhampiran dengan Taiwan, dan mengubah nama pulau itu menjadi Okinawa. Selepas itu, Jepun terus mencerobohi China, hingga beberapa pertempuran dahsyat tercetus antara armada dan tentera darat kedua-dua negara. Jepun menduduki Taiwan hingga 1895.
Pada 1944, pemimpin China, AS dan Britain mengumumkan Deklarasi Kaherah yang menetapkan semua tempat yang dicerobohi oleh Jepun di China; termasuk Manchu, Taiwan dan Kepulauan Pescadores, mesti dikembalikan kepada China. Pada 1945, Jepun mengumumkan menerima Deklarasi Potsdam yang dikemukakan oleh China, AS, Britain dan bekas Kesatuan Soviet untuk menggesa Jepun menyerah diri. Deklarasi Potsdam jelas menegaskan isi kandungan Deklarasi Kaherah mesti dilaksanakan.
Jepun yang mencerobohi Taiwan, melakukan jenayah perang yang ganas di China, mengembalikan Taiwan kepada China selepas WWII. Di sini jelas Jepun memahami sejarah dan fakta Taiwan merupakan sebahagian daripada China.
Ramai yang bertanya, sudah begitu lama berlalu, mengapa China masih tidak memaafkan Jepun? Campur tangan Jepun dalam isu Taiwan masa ini membuktikan orang China patut terus berwaspada terhadap niat jahat Jepun.