CMG Selesaikan Raptai Kali Pertama Gala TBC 2024

2024-01-16 15:35:10  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) telah mengadakan raptai kali pertama Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 pada Isnin. Pelbagai program termasuk nyanyian, tarian, opera dan program hiburan lain dipentaskan.

Berobjektifkan membina suasana riang gembira pada perayaan TBC, gala tahun ini mengetengahkan penggabungan “fikiran + kesenian + teknologi”, dan berfokus pada topik hangat sosial dan kehidupan rakyat biasa, menyampaikan emosi sebenar melalui program unggul yang bersifat inovatif dan kreatif serta cara interaksi, dan menghidangkan persembahan yang menggembirakan kepada orang Cina di seluruh dunia.

Gala tahun ini buat julung kalinya memperkenalkan acara “Gala TBC Menantimu”, mengundang rakyat biasa yang membuat sumbangan cemerlang dalam kerja masing-masing untuk menjadi penonton di gala tersebut. Penternak panda gergasi, Tan Jintao yang dipanggil sebagai "Pak Cik Tan", dan kakitangan kereta api Liu Ying yang dipanggil sebagai "Bos Ying", menjadi tetamu kumpulan pertama yang dijemput ke CMG untuk menonton raptai kali pertama. Pada raptai-raptai yang akan diadakan seterusnya, wakil dari pelbagai kalangan akan dijemput ke gala itu untuk mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada para penonton.

Gala Tahun Baharu Cina atau "Chunwan", disiarkan langsung pada malam TBC setiap tahun sejak 1983. Gala tahun ini akan bertemu penonton pada malam 9 Feb nanti.