Guterres Seru Lagi Gencatan Senjata di Gaza

2024-01-16 15:57:44  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sekali lagi menyeru gencatan senjata dilaksanakan untuk tujuan kemanusiaan di Genting Gaza pada 15 Januari yang sudah genap 100 hari sejak tercetusnya konflik Palestin-Israel.

Ketika membaca satu kenyataan kepada media pada hari itu, Guterres mengatakan bahawa "kita memerlukan gencatan senjata diwujudkan segera untuk tujuan kemanusiaan  di Genting Gaza" supaya dapat menangani masalah-masalah yang tiada tolok banding dalam sejarah silam seperti kematian dan kecederaan penduduk awam, krisis kemanusiaan, tahanan dan ketegangan situasi serantau yang berleluasa. 

Guterres berkata, situasi kemanusiaan di Gaza sukar digambarkan dengan kata-kata sedangkan usaha bantuan kemanusiaan menghadapi pelbagai halangan. Beliau menggesa pihak-pihak terbabit menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, melindungi orang awam dan menjamin keperluan asas mereka.  

Untuk rekod, lebih daripada 24,000 orang terbunuh dan lebih daripada 60,000 cedera dalam operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza yang dicetuskan pada 7 Oktober tahun lepas, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh jabatan kesihatan Palestin di Genting Gaza pada 15 Januari 2024.  Manakala, lebih daripada 1,300 orang Israel terbunuh dalam konflik berkenaan dan lebih daripada 130 masih ditahan, menurut sumber Israel.