AS Didesak Henti Campur Tangan Isu Taiwan

2024-01-17 13:17:08  cri
Share with:

Menurut laporan berkenaan, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) sudah meluluskan "Rang Undang-Undang (RUU) Non Diskriminasi Taiwan" baru-baru ini, dan RUU yang sudah dijadikan akta itu menuntut Setiausaha Perbendaharaan negara itu berdasarkan pengaruhnya dalam Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyokong Taiwan menganggotai pertubuhan itu.

Apa yang disebut akta AS itu dianggap mencampur tangan dalam urusan dalaman China, dan bermain manipulasi politik melalui isu Taiwan untuk mereka-reka konsep "dua China" atau “satu China, satu Taiwan". China sudah mengemukakan bantahan sekeras-kerasnya kepada pihak AS.

Demikian dikatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar samalam ketika diminta mengulas perbuatan AS itu.

Menurut Mao, Taiwan tidak mempunyai apa-apa pun rujukan, alasan atau hak untuk menganggotai pertubuhan antarabangsa yang hanya boleh dianggotai suatu negara yang berdaulat seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Wakil dari kerajaan Republik Rakyat China merupakan satu-satunya wakil yang sah yang boleh mewakili China dalam PBB. Keputusan ini termaktub dalam Resolusi No.2758 yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung PBB ke-26 pada 25 Oktober 1971.

Mao menegaskan bahawa AS perlu menginsafi isu Taiwan yang sangat sensitif, segera menghentikan campur tangan terhadap urusan dalaman China melalui memperalatkan isu Taiwan, dan berhenti menghantar isyarat yang salah kepada kuasa pembelot "kemerdekaan Taiwan" yang dipercayai boleh menjadikan hubungan kedua-dua negara China-AS, keamanan serta kestabilan Selat Taiwan terjejas.