Poster Gala TBC CMG Muncul di Sidang Tahunan Davos

2024-01-17 14:28:42  CRI
Share with:

Poster Gala Tahun Baharu Cina (TBC) Kumpulan Media China (CMG) muncul di sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2024 di Davos pada 16 Januari, mempromosikan temasya budaya orang Cina itu kepada khalayak ramai, di samping mempamerkan budaya perayaan dan adat resam tradisional China.

Sementara itu, tetamu yang menyertai sidang tahunan WEF di Davos juga mengambil peluang mengucapakan selamat Tahun Baharu Cina dan mogaan baik kepada orang Cina di seluruh dunia melalui video.

Sebagai sesi tetap semasa sidang tahunan WEF, “malam Dalian” yang mempertontonkan pesona bandar tuan rumah Sidang Davos Musim Sejuk itu diadakan menurut jadual.

Alex yang pernah tinggal di Hong Kong dan Shanghai mempunyai minat kuat terhadap budaya China.

"Kami menyaksikan 'malam China' yang sungguh memukau di Davos, di mana perubahan yang berlaku di China dipertunjukkan kepada dunia.

"Sempena menyambut Tahun Naga, saya ingin menzahirkan harapan baik kepada rakyat China, semoga mereka hidup bahagia dan berkeyakinan penuh terhadap masa depan," kata Alex.

Kira-kira 1,000 ahli politik, pegawai WEF, usahawan terkemuka, dan wakil sidang tahunan menyertai aktiviti kali ini.

Untuk rekod, WEF yang bertemakan “pembinaan semula keyakinan” diadakan di Davos, Switzerland pada 15 hingga 19 Januari ini.