Karnival Ais dan Salji Longqingxia Beijing Tambah Suasana TBC

2024-01-17 13:57:56  CRI
Share with:

Karnival Ais dan Salji Longqingxia Beijing yang ke-38 dirasmikan di kawasan utara Beijing pada 15 Januari. 

Karnival Ais dan Salji Longqingxia tahun ini terdiri daripada empat kawasan, iaitu kawasan lawatan lampu, kawasan seni ukiran ais, kawasan seni ukiran salji, dan kawasan semula jadi, dengan keluasan sekitar 250,000 meter persegi. 

Pahatan ais dan salji yang indah, bersama 50 set tanglung berhias dan 2,000 lampu pokok, menjadikan karnival itu umpama dunia fantasi. 

Kawasan seni ukiran ais juga menggabungkan watak dan babak dari permainan dengan pemandangan Longqingxia, menganjurkan perarakan Cosplay, memberikan pengalaman "imersive" kepada pengunjung. 

Selain itu, Karnival Ais dan Salji Longqingxia tahun ini turut memperkenalkan persembahan dron dengan tema "Naga pada Zaman Kemakmuran" yang istimewa. Seribu dron membentuk imej seperti "naga terbang di langit" dan "ikan karp melintasi gerbang naga", memberikan pengalaman visual yang memukau kepada para pengunjung, sekali gus mencipta suasana perayaan Tahun Baharu Cina yang ceria, dan menambah suasana perayaan yang meriah.