“Blossoms” Berkembang dari Shanghai ke Dunia
Destinasi pelancongan yang menjadi tular di China baru-baru ini, selain bandar Harbin, juga meliputi Shanghai. Para pelancong membanjiri Jalan Huanghe, di Shanghai yang menjadi lokasi utama penggambaraan drama televisyen “Blossoms Shanghai”.
Drama “Blossoms Shanghai” berjaya membawa para penonton ke Shanghai pada zaman 1980-an-1990-an dan menyaksikan kehidupan rakyat hasil dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang baru diamalkan di China.
Kampung halaman Satria berdekatan dengan bandar Shanghai. Oleh itu, Shanghai dalam drama televisyen ini tidak asing bagi Satria. Satria masih ingat, saat yang paling gembira pada masa itu adalah boleh mencuba makanan bawa pulang yang rasanya begitu sedap. Satria pula buat kali pertama minum Coca Cola yang dijual menggunakan cawan kertas di Shanghai pada 1980-an. Tetapi watak dalam drama itu mampu membayar ribuan yuan RMB untuk jamuan di restoran mewah, minum whiski dan memandu kereta Cadillac. Keadaan ini amat jauh bagi Satria pada masa itu.
Kerajaan China pada zaman itu sudah memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, membuka bursa saham, termasuk perdagangan luar dilonggarkan kepada syarikat swasta. Sebahagian orang China yang bijak menggunakan peluang ini menjadi orang kaya pada zaman itu.
China pada masa itu mengamalkan dasar menyokong sebahagian orang menjadi kaya terlebih dahulu, sebelum membantu yang lain untuk mewujudkan pembangunan bersama.
Pasaran penuh peluang dan juga cabaran. Ada orang yang menjadi jutawan, manakala ada orang yang kehilangan semua ekoran gagal dalam pelaburan dan perniagaan. Tetapi seperti apa yang digambarkan dalam drama itu, Shanghai yang mulai “berkembang” pada masa itu menyediakan pelbagai jenis peluang kepada mereka yang rajin bekerja. Pengurus kilang baju datang ke Shanghai mencari peluang, akhirnya menjadikan bajunya jenama terkenal tempatan. Pelayan restoran dari bandar lain jika rajin bekerja juga boleh memperoleh pendapatan lumayan. Maka syarikat asing turut mulai mencari peluang dalam pasaran yang berkembang ini, contohnya, Walmart yang datang mencari kilang mengeluarkan seluar jean.
Itulah keadaan awal dasar pembaharuan dan pintu terbuka diamalkan di Shanghai. Selepas itu seperti apa yang diceritakan dalam drama berkenaan, jabatan kerajaan yang menangani kuota perdagangan luar dibubarkan, manakala pegawainya menjadi anggota delegasi China untuk rundingan keanggotaan China dalam WTO. Pembaharuan dan pintu terbuka terus diperluas di negara ini dan “Blossoms” berkembang dari Shanghai ke seluruh negara.
Kini, orang biasa seperti Satria pula sudah mampu memandu kereta Cadillac, minum whiski Hibaki seperti watak utama dalam drama televisyen itu. Kawan Satria pula membawa ibunya melancong ke Shanghai, mencuba makanan di pelbagai restoran yang dulu hanya mampu dilanggani jutawan.
Kini “Blossoms” terus berkembang ke negara lain bagi berkongsi pembangunan China dengan dunia.