CMG Hadir dalam Persidangan Media Negara--negara Arab

2024-01-17 14:51:17  CRI
Share with:

Persidangan Tahunan Kesatuan Penyiaran Negara-negara Arab (ASBU) ke-43 sempena Persidangan Media Negara-negara Arab ke-3 diadakan di Tunisia dari 16 hingga 18 Januari waktu tempatan.

Beratus-ratus wakil dari negara-negara Arab dan organisasi media arus perdana lain telah dijemput untuk menghadiri kedua-dua persidangan itu. 

Kumpulan Media China (CMG) sebagai anggota Kesatuan Penyiaran Asia (ABU) dan satu-satunya badan media China yang dijemput untuk mengambil bahagian dalam dua persidangan itu,  ketika menghadiri sesi pertunjukan kecerdasan buatan memberi taklimat tentang penerapan teknologi inovatif dalam persiapan dan penganjuran Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 yang merupakan 'tahun naga', menganjurkan majlis jerayawara tentang tata kelola strategik "5G + 4K / 8K + AI", dan membincangkan kerjasama platform awan dengan ASBU.

Di samping itu, poster promosi dan maskot Malam Gala TBC 2024 juga akan ditampilkan semasa berlangsungnya kedua-dua persidangan itu.