China Membantah Keras Ucapan Presiden Filipina Berkaitan Taiwan
China membantah keras ucapan Presiden Filipina berkaitan isu Taiwan.
Menurut maklumat berkenaan, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. menyiarkan ucapan tahniah kepada apa yang disebut "Presiden" Taiwan yang baru terpilih dalam hantaran media sosialnya pada 15 Januari.
Sehubungan ini, jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning menekankan bahawa China sudah mengeluarkan bantahan keras terhadap Filipina kerana ucapan Presiden Marcos yang berkenaan sama sekali tidak sejajar dengan prinsip Satu China dan Pengumuman Penjalinan Ikatan Diplomatik China-Filipina, dan dilihat membelakangi komitmen politik yang dibuat Filipina kepada China, serta mencampuri urusan dalaman China dengan biadab.
Mao menyatakan bahawa pembantu Menteri Luar China, Nong Rong sudah memanggil Duta Besar Filipina ke China untuk mengeluarkan bantahan di samping menggesa pihak Filipina memberikan penjelasan yang bertanggungjawab.
"Landskap hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan dan arah perkembangannya takkan berubah tanpa mengira pihak mana pun menang dalam pemilihan daerah di Taiwan, dan sama juga trend penyatuan semula tanah air yang pasti akan membuahkan hasil. Kami mengingatkan Filipina bahawa jangan bermain api dalam menangani isu Taiwan, segera berhenti salah cakap dan salah buat, menghentikan penghantaran sebarang isyarat salah kepada kumpulan pembelot 'kemerdekaan Taiwan'. Kami mengesyorkan bahawa Presiden Marcos sebaiknya menambah pembacaan untuk mendapat jawapan yang tepat tentang asal usul isu Taiwan dan selanjutnya membuat kesimpulan yang tepat, " Kata Mao.