Pangkalan Industri Lama Depan Peluang Baharu

2024-01-17 15:22:15  CRI
Share with:

Heilongjiang, Jilin dan Liaoning, tiga provinsi di timur laut China ini merupakan pangkalan industri tradisional di negara ini. Kini pangkalan industri lama tersebut berdepan peluang pembangunan baharu. 

Pada tahun ini,  pelancongan ais dan salji diintegrasikan dengan sektor sukan dan pembuatan, menjadikan gunung ais dan salji sebagai gunung emas dan perak.

Pakej pelancongan istimewa seperti "Ais dan salji + makanan enak", "ais dan salji + lawatan sambil belajar" menjadi topik hangat dan menjadi pilihan ramai pelancong China. 

Di Dunia Ais dan Salji Harbin, sebanyak 250,000 meter padu ais dan salji digunakan untuk pembinaan taman seluas 810,000 meter persegi itu. Pada hari pertama taman itu dibuka, penempahan dalam tiga jam pertama telah melebihi 40,000.

Di sebalik kehangatan industri ais dan salji, adalah industri pembuatan tradisional yang kukuh dari aspek membuat kelengkapan di padang salji, dan peralatan aktiviti ais dan salji berkenaan. Syarikat terbabit menjadi tonggak melalui teknologi canggih. Pada masa akan datang, syarikat tempatan akan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D), di samping memperluas skop perindustrian.