Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Congo

2024-01-17 17:32:37  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Felix Tshisekedi yang terpilih sebagai Presiden Republik Demokratik Congo (DRC) untuk dua penggal berturut-turut pada Rabu.

Xi menyatakan bahawa China dan DRC mempunyai tradisi persahabatan dan sudah menjalinkan perkongsian strategik komprehensif. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kedua-dua negara mendorong hubungan bilateral berkembang pesat, membuahkan hasil yang melimpah dalam kerjasama yang substantif, dan terus menyuburkan persahabatan tradisonal.

Xi menyatakan beliau bersedia bersama dengan Presiden Tshisekedi meningkatkan kepercayaan politik antara satu sama lain, menambah konotasi kepada perkongsian strategik komperhesif kedua-dua negara, dan mendorong kerjasama bilateral mencapai perkembangan yang lebih besar.