PM China Bertemu Presiden Singapura di Davos
Perdana Menteri China, Li Qiang bertemu dengan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Davos, Switzerland pada pagi Selasa.
Li Qiang berkata, China bersedia bekerjasama dengan Singapura untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, mengekalkan kepercayaan strategik yang bertahap tinggi, meneroka kerjasama yang saling menguntungkan, mengukuhkan pertukaran pengalaman dalam pelbagai bidang bagi menggalakkan hubungan dan kerjasama China-Singapura terus melakar pencapaian baharu.
Tharman Shanmugaratnam pula berkata, pihaknya mementingkan hubungan Singapura-China dan bersedia memperdalam dialog dan komunikasi dalam pelbagai bidang dengan China, memperkasa kerjasama dalam bidang kewangan, ekonomi digital dan transformasi hijau bagi menggalakkan perkembangan berterusan hubungan Singapura-China.
Li Qiang juga menghuraikan pendirian berprinsip China dalam isu Taiwan. Tharman Shanmugaratnam berkata, Singapura berpegang teguh kepada prinsip Satu China dan tegas menentang sebarang perkataan dan tingkah laku "kemerdekaan Taiwan". Pendirian Singapura dalam isu Taiwan tidak berubah.