"Satu China" Bukan Prinsip yang Boleh Diperdagangkan

2024-01-18 12:18:39  CRI
Share with:

Terdapat perkara di dunia ini yang tidak dapat dibeli dengan wang. Satu China merupakan prinsip asas yang tidak boleh diperdagangkan.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang akhbar pada Rabu sebagai respons terhadap dakwaan dari suatu badan media berhubung kerajaan Nauru memutuskan "hubungan diplomatik" dengan Taiwan berikutan manipulasi oleh bekas presiden negara itu. Ketika Taiwan masih membuat penilaian dan mengadakan rundingan mengenai permintaan Nauru untuk bantuan ekonomi, Tanah Besar China mengambil peluang ini memujuk Nauru untuk memilih pihaknya menggantikan kedudukan Taiwan.

Mao menyifatkan tindakan kerajaan Nauru yang  mengiktiraf prinsip Satu China, memutuskan "hubungan diplomatik" dengan Taiwan dan menyambungkan hubungan diplomatik dengan Tanah Besar China sebagai keputusan secara kolektif kabinet negara itu dan pilihan tepat yang dibuat secara bebas oleh Nauru sebagai negara berdaulat.

“Kami (China) mengambil maklum bahawa parlimen Nauru semalam sebulat suara meluluskan ketetapan yang menyokong dan mengesahkan keputusan kerajaan Nauru untuk menyambungkan hubungan diplomatik dengan China dan komited untuk mengukuhkan hubungan diplomatik Nauru-China dan melakukan kerjasama yang muhibah antara kedua-dua negara berdaulat. Ini sekali lagi menunjukkan, prinsip Satu China mendapat sambutan ramai dan selari dengan perkembangan zaman,” kata Mao.