Kenyataan Xi Menyentuh Hati Saya: Abdilahi
Pada 18 Januari 2017, Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan yang bertajuk "Bersama Membina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan" di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, dan mendapat respons positif di seluruh dunia.
Ucapan beliau amat menyentuh hati warga Somalia, Abdilahi Ismail Abdilahi.
"Siapa ingin menjadi gelandangan sekiranya rumah masih ada?" kenyataan Presiden Xi pada tujuh tahun lalu itu masih segar di telinga Abdilahi.
"Kenyataan beliau itu mengingatkan saya akan pengalaman rakyat Somalia yang kehilangan rumah dalam jangka masa panjang. Oleh itu, saya amat memahami nilai keamanan dan keselamatan," kata Abdilahi.
Dalam perutusan Tahun Baharu 2024, Presiden Xi menyatakan bahawa China bersedia berusaha bersama masyarakat antarabangsa, berjiwakan masa depan manusia, mengutamakan kesejahteraan rakyat, mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, dan membina dunia yang lebih indah.
Abdilahi Ismail Abdilahi yang pernah melawat ke tempat kerja Xi semasa muda, mengatakan bahawa Presiden Xi sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat di tempat keutamaan dan beliau pernah hidup bersama dengan orang awam.
“Apabila saya melihat Presiden Xi berjabat tangan dengan warga emas, saya teringat akan masa tinggal bersama datuk saya. Saya berasa Presiden Xi peramah dan kelihatan macam generasi tua dalam keluarga saya,” kata Abdilahi.
Abdilahi Ismail Abdilahi dan lebih 30 wakil belia warga asing menulis surat kepada Presiden Xi Jinping pada tahun 2021.
"Apabila saya melihat surat balas beliau, saya merasakan Presiden Xi mengambil berat terhadap semua warga asing yang tinggal di China.
"Terdapat pepatah di negara saya yang berbunyi 'orang yang memahami situasi, orang yang boleh menyelesaikan masalah,” kata Abdilahi.