Songpan Giat Majukan Industri Penternakan Ayam Penelur

2024-01-18 13:42:47  CRI
Share with:

Sebuah pangkalan penternakan ayam penelur sedang dibina di kaunti Songpan, daerah Aba, provinsi Sichuan menerusi kerjasama dengan perusahaan pertanian dari tempat lain.

Kini, pangkalan itu mempunyai sebanyak 100,000 ekor anak ayam yang dijangka mula bertelur pada pertengahan Mei tahun ini.

Selepas projek berkenaan siap sepenuhnya, ia akan menawarkan lebih 150 peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan sekitar.