Kapal Tianzhou-7 Bercantum dengan Stesen Angkasa Tiangong

2024-01-18 14:43:29  CRI
Share with:

Kapal angkasa lepas kargo Tianzhou-7 menyelesaikan seting status setelah memasuki orbit dan berjaya bercantum dengan stesen angkasa Tiangong pada Khamis, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).

Menurut CMSA, kapal kargo Tianzhou-7 berlabuh di pelabuhan belakang modul teras Tianhe pada pukul 1.46 awal pagi waktu Beijing. Tianzhou-7 kemudian beralih ke status penerbangan kombinasi.

Kru kapal angkasa Shenzhou-17 akan memasuki kapal Tianzhou-7 dan memindahkan barang mengikut rancangan.

Percantuman kali ini buat julung kalinya diselesaikan menggunakan pelan percantuman pantas tiga jam sejak stesen angkasa Tiangong mula dibina. 

Sebelum ini, pelan percantuman pantas dua jam dan 6.5 jam masing-masing dijalankan oleh kapal angkasa kargo Tianzhou-5 dan kapal angkasa bermanusia Shenzhou-12.

Menurut ahli penyelidik, percantuman pantas tiga jam mempunyai kebolehsesuaian yang lebih kuat dan meluas, sekali gus dapat meningkatkan daya percantuman berautomasi kapal angkasa kargo, memperluas cara percantuman dan memimpin perkembangan teknologi berkenaan.