KDNK China Naik 5.2% pada 2023

2024-01-18 12:26:19  CRI
Share with:

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada tahun 2023 meningkat sebanyak 5.2 peratus berbanding tahun 2022, kata Biro Statistik Negara China pada 17 Januari. 
Berdasarkan keadaan ekonomi China tahun 2023, peningkatan ekonomi negara ini bukan sahaja melebihi kadar purata global iaitu sekitar 3 peratus, malah juga menduduki tangga teratas dalam entiti ekonomi utama di dunia. 
Sumbangan ekonomi China kepada pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun 2023 dijangka akan melebihi 30 peratus, menjadikan China kekal sebagai enjin terbesar bagi ekonomi global.