Jualan Runcit Produk Penggunaan China 2023 Cecah RMB47 Trilion

2024-01-18 11:38:34  cri
Share with:

Menurut perangkaan yang diumumkan Biro Statistik Kebangsaan (NBS) China semalam, jumlah jualan runcit produk penggunaan negara ini pada 2023 telah meningkat 7.2% berbanding 2022, melebihi RMB47 trilion (RM30.8 trilion).

Sektor penggunaan menjadi semula penggerak utama bagi peningkatan ekonomi. Pada tahun yang lalu, perbelanjaan penggunaan berperanan menjana peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.3%, yang naik 3.1% berbanding tahun 2022, manakala kadar sumbangannya terhadap peningkatan ekonomi pula mencapai 82.5%, yang meningkat 43.1%. Dengan demikian, boleh kelihatan kepenggunaan menjadi semakin menonjol dalam landskap ekonomi China.

Pengarah NBS, Kang Yi dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa siri dasar kerajaan yang bertujuan menggalakkan penggunaan yang berkuatkuasa di peringkat daerah akan terus memainkan peranan positif dalam menstabilkan pasaran penggunaan dan mendorong penggunaan.