Majlis Penyerahan Dermaan "Ikatan Silaturahim Jalan Sutera" di Yangon

2024-01-18 16:21:43  CRI
Share with:

Majlis penyerahan dermaan "Ikatan Silaturahim Jalan Sutera" sempena Pertukaran Kebudayaan dan Pendidikan China-Myanmar telah diadakan di Yangon kelmarin.

Ketua Setiausaha Yayasan China bagi Kedamaian dan Pembangunan (CFPD), Xu Jianguo memaklumkan, setakat ini, pihaknya telah menghulurkan bantuan kepada lebih 20 projek hidup rakyat di Myanmar yang termasuk 19 buah sekolah rendah dan menengah serta 2 hospital, yang merupakan sumbangan besar bagi perkembangan hubungan bilateral melalui pelaksanaannya yang memanfaatkan ratusan ribu penduduk setempat.

Kaunselor Politik Kedutaan Besar China ke Myanmar, Qiao Li berkata, kedua-dua negara telah membuahkan hasil melimpah dalam interaksi dan pertukaran melibatkan pelbagai bidang dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sejak kebelakangan ini. Sektor swasta dari China dan Myanmar diharap memperluas pertukaran sosiobudaya dan kerjasama di kalangan rakyat, dan menjana impak sosial bagi membantu memacu pembangunan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara.