Import Eksport USD5.12 Bilion Melalui Pintu Sempadan Alashankou

2024-01-18 14:23:50  cri
Share with:

Menurut statistik dari Biro Perniagaan dan Industri Informasi bandar Alashankou di wilayah Xinjiang, jumlah import eksport perdagangan luar pada 2023 telah meningkat 22.3% di bandar itu, dengan mencatat USD5.12 bilion (RM24.15 bilion), selaras dengan matlamat pembangunan perdagangan luar yang stabil dan kondusif.

Dilaporkan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) di bandar itu akan terus meningkatkan tahap keterbukaan, mengemaskini dasar keutamaan dan memperbaiki persekitaran urus niaga yang kesemuanya dilihat boleh menjadi penggerak yang kuat bagi pembangunan yang berkualiti dalam landskap ekonomi di kawasan pintu sempadan.