BFA 2024 Tumpu kepada Tangani Cabaran Bersama

2024-01-18 14:51:32  CRI
Share with:

Sidang tahunan Forum Boao untuk Asia (BFA) 2024 akan dirasmikan di Boao, Hainan dari 26 hingga 29 Mac nanti, dan persiapan berkenaan sedang berjalan lancar pada masa ini, kata Setiausaha Agung BFA, Li Baodong pada sesi taklimat media pada Selasa.

"Agenda sidang yang bertema 'Asia dan Dunia: Cabaran Bersama, Tanggungjawab Bersama' menumpu kepada bagaimana masyarakat antarabangsa berusaha untuk memikul tanggungjawab bersama bagi menangani cabaran semasa," katanya. 

"Terdapat puluhan topik yang akan dibincangkan dalam sidang tahunan BFA 2024 membabitkan empat seksyen, iaitu 'ekonomi global', 'inovasi sains dan teknologi', 'pembangunan sosial' dan 'kerjasama antarabangsa' yang masing-masing berpaksikan inspirasi bersatupadu mendorong pembangunan," tambah Li.