Jerayawara Pelancongan Hainan untuk Negara-negara ASEAN

2024-01-18 13:22:44  CRI
Share with:

Majlis Jerayawara Pelancongan dan Kebudayaan China (Hainan)-ASEAN 2024 dan Majlis Perasmian Persatuan Penerokaan Pasaran Pelancongan Provinsi Hainan telah diadakan di bandar Haikou semalam.

Hainan yang mempunyai sumber pelancongan yang melimpah dipercayai mampu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelancong dari negara-negara ASEAN yang sudah pun menjadi penyumbang utama bagi pasaran pelancongan tempatan. Secara konkrit, jumlah pelancong dari Malaysia yang mengunjungi Hainan pada tahun 2023 melambung 20.28 kali ganda tahun ke tahun, sedangkan Singapura 18.84 kali ganda dan Thailand 18.  Kira-kira satu pertiga keseluruhan pelancong asing yang mengunjungi Hainan tahun lalu merupakan pelancong dari negara-negara ASEAN.

Program pelancongan yang dipromosikan dalam kedua-dua majlis tersebut merangkumi pulau tropika, tapak warisan sosiobudaya, pemandangan alam di pesisir  laut, hutan tropika, penjagaan kesihatan, kebudayaan, majlis perkahwinan, permainan golf dan makanan sedap.