Sektor Perkilangan China Ungguli Carta Dunia 14 Tahun

2024-01-19 14:23:04  CRI
Share with:

Pelbagai industri yang berskala besar di China menyaksikan peningkatan nilai tambah sebanyak 4.6 peratus pada tahun 2023, menurut Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) hari ini. 

Dalam sidang media pejabat penerangan Dewan Negara pagi tadi, pegawai berkenaan memaklumkan bahawa ekonomi industri kekal pulih secara menyeluruh di China dan menunjukkan momentum yang kondusif, dan sektor perkilangan negara ini mengungguli carta dunia dalam bidang kapasiti keseluruhan untuk 14 tahun berturut-turut.