China Bertindak Balas Terhadap Sebarang Provokasi dalam isu Taiwan

2024-01-19 12:14:39  CRI
Share with:

Prinsip Satu China merupakan garis merah yang tidak boleh dilanggar. China menolak provokasi sesiapa pun dalam isu Taiwan dan pasti akan bertindak balas.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang akhbar pada Khamis sebagai respons terhadap kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina pada Rabu yang menganggap sikap yang ditunjukkan Kementerian Luar China semasa mengulas kenyataan Presiden Filipina berhubung isu Taiwan sebagai 'menghina Presiden Ferdinand Marcos Jr. dan negaranya'. 

Mao menyifatkan isu Taiwan sebagai teras kepentingan yang paling diutamakan China yang mempunyai ikatan silaturahim dengan 1.4 bilion rakyat. Kenyataan pihak Filipina sama sekali tidak sejajar dengan prinsip Satu China dan Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Filipina, bertentangan dengan komitmen pihak Filipina terhadap China dalam bidang politik, dan merupakan intervensi yang biadab terhadap hal ehwal dalaman China.

“Adalah mustahak dan wajar bagi China menegaskan pendirian sendiri. Kami menggesa Filipina untuk bertindak tulen mematuhi semangat Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Filipina, berpegang kepada prinsip Satu China, dan menghentikan perkataan dan tingkah laku yang salah dalam isu Taiwan,” kata Mao.