China Pengeksport Automobil Terbesar di Dunia pada 2023

2024-01-19 14:37:21  CRI
Share with:

Jabatan penerangan Dewan Negara China mengadakan sesi taklimat pada pagi tadi untuk memperkenalkan keadaan perkembangan China dalam bidang perindustri dan teknologi informasi pada tahun 2023.

Menurut makluman petugas berkenaan, jumlah pengeluaran dan jualan automobil di China pada tahun 2023 masing-masing meningkat 11.6% dan 12% berbanding tahun 2022 dengan masing-masing mencecah 30 juta unit, yang turut mencipta dua rekod baharu dalam sejarah. China mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar dan penjual automobil terbesar di dunia untuk 15 tahun berturut-turut. 

Sementara itu, eksport automobil China pula meningkat 57.9% tahun ke tahun kepada 4.91 juta unit, sekali gus menjadikan negara ini buat kali pertama melonjak ke tangga pertama dalam ranking dunia pada tahun 2023.