Ekonomi China Kekal Pertumbuhan Pesat 2023

2024-01-19 14:30:54  CRI
Share with:

Biro Statistik Negara China mengumumkan data-data mengenai ekonomi China 2023 dalam sidang taklimat di Beijing pada Rabu.

Antaranya, kadar peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang merekodkan 5.2 peratus amat menarik perhatian umum. Kadar tersebut lebih tinggi berbanding sasaran yang ditetapkan pada awal tahun lalu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media pada Khamis menyatakan bahawa pemulihan ekonomi China dan pembangunan bermutu tinggi yang diperkasakan di negara ini akan turut memberi limpahan manfaat kepada dunia.

Beliau berkata, China akan terus menyumbang penggerak kepada ekonomi dunia. Peningkatan ekonomi China berjumlah RMB6 trilion (RM3.75 trilion) pada 2023, dan angka ini bersamaan dengan kuantiti ekonomi sebuah negara sederhana untuk sepanjang tahun. Menurut laporan Forum Kewangan Antarabangsa, kadar sumbangan ekonomi China terhadap pertumbuhan ekonomi dunia mencatat 32 peratus pada 2023, dan China kekal sebagai enjin terbesar bagi pertumbuhan ekonomi dunia.

Mao Ning berkata, China akan terus menyumbang faktor kestabilan kepada ekonomi China. Ekonomi China berkembang mantap dan mempunyai asas yang baik dan kukuh melalui perkembangan dalam jangka masa panjang. Tatkala pertumbuhan ekonomi sejagat merosot, permintaan dalam negeri di China amat stabil dan kadar inflasi dikekalkan pada tahap yang rendah. Sementara itu, peningkatan nilai industri pembuatan China mendominasi dunia selama 14 tahun berturut-turut, manakala jumlah import eksport mencatat peningkatan secara berterusan. Ekonomi China terus berperanan sebagai penstabil bagi ekonomi dunia.

Di samping itu, menurut Mao Ning, China berkongsi peluang baharu dengan masyarakat antarabangsa. Jumlah golongan berpendapatan sederhana di China melebihi 400 juta dan angka ini diunjur akan mencapai 800 juta dalam tempoh lebih 10 tahun akan datang. Ini nescaya akan memainkan peranan penting bagi peningkatan permintaan sejagat. Selain itu, China ialah rakan dagang utama bagi lebih 140 negara dan kawasan, dan kadar tarif umum telah diturunkan kepada 7.3 peratus dan setaraf dengan anggota maju Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Sementara itu, kadar pulangan pelaburan langsung asing pelabur asing di China mencatat kira-kira 9 peratus dalam tempoh lima tahun lalu dan ia merupakan taraf yang amat tinggi di peringkat global. Pasaran China telah menjadi pasaran raksasa yang dikongsi bersama seluruh dunia.

Mao Ning mengatakan bahawa pembangunan bermutu tinggi ekonomi China dan modenisasi ala China yang terus diperkasakan sudah pasti akan membawa lebih banyak kebaikan kepada dunia, sekali gus menyumbang lebih banyak penggerak kepada pembangunan global.