Israel Kekalkan "Kawalan Ketenteraan”di Tebing Barat Sungai Jordan
Menyentuh tentang pakej penyelesaian tentang isu Palestin-Israel pada masa akan datang, Israel akan terus mengekalkan "kawalan ketenteraan" di tebing barat Sungai Jordan Palestin.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam sidang akhbar semalam.
Menurut beliau, tindakan ketenteraan pihak Israel di Genting Gaza akan diteruskan hingga semua tebusan Israel dibebaskan, Gerakan Pejuang Islam (Hamas) Palestin dihapuskan dan kawasan Gaza tidak mampu lagi membawa ancaman terhadap Israel.
Gaza harus bebas daripada ketenteraan dan di bawah kawalan keselamatan kendalian Israel secara menyeluruh apabila peperangan terbabit berakhir, kata beliau.