Sidang Tahunan 2024 WEF: China Penggerak Utama Kerjasama Antarabangsa
Sidang tahunan 2024 Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang bertemakan "Rebuilding Trust" sedang berlangsung di Davos, Switzerland.
Para hadirin dalam temu bual bersama wartawan CMG menyanjung tinggi keterbukaan dan kolaborasi yang diajukan China, di samping menzahirkan hasrat supaya negara Tembok Besar ini dapat memainkan peranan pimpinan lebih besar dalam menggalakkan kerjasama antarabngsa dan menambah baik sistem tadbir urus global.
Pengarah Urusan WEF, Mirek Dusek berkata, dalam sidang tahunan kali ini, China dengan teguh mengeluarkan mesej keterbukaan dan kolaborasi. Ia mendapat sanjungan tinggi daripada para hadirin yang turut menzahirkan hasrat untuk memperkasakan kerjasama ekonomi dengan China.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edelman, syarikat perkhidmatan perhubungan awam terkenal dunia, Richard Edelman berkata, China memainkan peranan yang amat positif dalam mendorong kerjasama antarabangsa. Usaha merungkai banyak cabaran global seperti transformasi tenaga dan perubahan iklim tidak boleh tanpa penyertaan dan dorongan China.
Presiden Pusat China dan Globalisasi (CCG), Wang Huiyao pula berkata, sistem tadbir urus global berdepan cabaran susulan multipolar dan banyak faktor antaranya pembezaan sosial, peningkatan konflik geopolitik dan kemerosotan pertumbuhan ekonomi. Manakala, sistem tadbir urus global baharu sedang berada dalam 'run-in period', yang menyaksikan kerjasama antarabangsa berkurang pada beberapa tahun kebelakangan ini.
Walau bagaimana pun beliau yakin trend globalisasi tidak berubah dan sistem tadbir urus global baharu akan diwujudkan. Dalam proses itu, China sebagai entiti ekonomi kedua terbesar di dunia, akan memainkan peranan pimpinan yang positif.