Poster Visual Gala TBC CMG Ditampil di Persidangan Media Negara-negara Arab

2024-01-19 15:04:29  CRI
Share with:

Persidangan Tahunan Kesatuan Penyiaran Negara-negara Arab (ASBU) ke-43 sempena Persidangan Media Negara-negara Arab ke-3 diadakan di Tunisia dari 16 hingga 18 Januari waktu tempatan. Kumpulan Media China (CMG) sebagai anggota Kesatuan Penyiaran Asia (ABU) dan satu-satunya badan media China yang dijemput untuk mengambil bahagian dalam dua persidangan itu telah menyiarkan poster visual Gala Tahun Baharu Cina (TBC) secara video kepada para peserta untuk mempromosikan pertunjukan seni malam yang paling penting bagi golongan orang Cina di sejagat.

Dalam sesi pameran penerapan kecerdasan buatan semasa berlangsungnya Persidangan Media Negara-negara Arab, CMG diundang memperkenalkan penerapan teknologi baharu dalam persiapan dan penganjuran Malam Gala TBC tahun ini, dan memaklumkan pencapaiannya dalam pelaksanaan strategi "5G+4K/8K+AI".