Ketua SDP Kunjungi Muzium Peringatan Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun

2024-01-19 15:20:04  CRI
Share with:

Ketua Parti Demokratik Sosial (SDP) Jepun, Fukushima Mizuho telah mengunjungi Muzium Peringatan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun di sebelah Lugouqiao (Marco Polo Bridge), pinggir bandar Beijing semalam, dan menyuarakan harapan terhadap kedamaian dan persahabatan.

"Kami sekali lagi dengan tulus ikhlas meminta ampun terhadap mereka yang korban dalam perang pencerobohan yang dilancarkan oleh Jepun." Fukushima Mizuho, 68 tahun, bersama anggota delegasinya meletakkan bakul bunga dan bertafakur dengan membongkokkan badan di hadapan Muzium.

Atas undangan Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC),  Fukushima Mizuho mengetaui delegasinya mengadakan lawatan selama tiga hari di Beijing bermula Khamis, dengan memilih muzium tersebut sebagai singgahan pertama dalam jadual kunjungan.

"Jepun pernah melancarkan pencerobohan terhadap China. Menurut Perlembagaan Jepun sekarang ini, negara kami tidak boleh melancarkan peperangan, yang dianggap sebagai komitmen dan perisytiharan terhadap dunia dan Asia. SDP yang menentang pemindaan terhadap Perlembagaan akan sedaya upaya menjunjung tinggi semangat Perlembagaan," kata Fukushima Mizuho.

Setelah berakhirnya kunjungan itu, Fukushima Mizuho berhemah meninggalkan inskripsi "persahabatan dan kedamaian" pada buku tetamu.