Elemen Naga Jadi Tular Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina

2024-01-19 15:17:43  CRI
Share with:

Tanggal 10 Februari ialah Tahun Baharu Cina. Sempena sambutan Tahun Naga ini, barang-barang yang mempunyai imej naga laris dijual di pasaran seluruh negara China. 

Baru-baru ini, pasar raya dan kedai-kedai di serata tempat menyerlahkan suasana meriah sambutan tahun baharu. 

Barang yang menggunakan elemen naga seperti sampul angpau, baju, hiasan rumah, aksesori dan lain-lain menyaksikan jualan tinggi malah laris dijual di pasaran luar negara.