China dan Filipina Bersepakat Kawal Perselisihan melalui Rundingan

2024-01-20 13:24:35  CRI
Share with:

Mesyuarat ke-8 di bawah mekanisme rundingan dua hala bagi isu Laut China Selatan (LCS) antara China dan Filipina diadakan di Shanghai baru-baru ini. Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media pada Jumaat ketika memaklumkan hasil mesyuarat itu menyatakan bahawa China dan Filipina bersepakat menekankan perlunya melaksanakan konsensus penting yang tercapai ketua kedua-dua negara mengenai isu LCS dengan baik, dan akan terus berhemah mengawal pertentangan dan perselisihan melibatkan perairan terbabit melalui rundingan dalam suasana muhibah.

Mao menambah, kedua-dua pihak bersepakat mahu terus mengambil tindakan yang tulen bagi menggerakkan kerjasama maritim, dan sinergi memelihara kedamaian dan kestabilan di perairan terbabit. Selain itu, kedua-dua pihak telah mencapai persepakatan mengenai usaha menyempurnakan lagi mekanisme komunikasi melibatkan isu LCS, bersetuju merancakkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang termasuk kawalan keselamatan laut dan sains dan teknologi maritim.