Martabatkan Kemandirian Pupuk Barisan Jurutera yang Berkaliber -- Xi

2024-01-20 16:12:37  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada individu dan pasukan yang memenangi Anugerah Jurutera Kebangsaan pada Jumaat.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menyifatkan barisan jurutera sebagai tenaga penting bagi mewujudkan kesejahteraan manusia dan mencipta  masa depan yang cemerlang melalui kemajuan sains dan teknologi serta komponen penting dalam senario modal insan strategik negara. 

Beliau menekankan, individu dan pasukan yang sumbangan mereka mendapat pengiktirafan dan menampil sebagai pemenang Anugerah merupakan ikon yang berkaliber dan patut diteladani semua jurutera dan juruteknik di negara ini.

Xi menegaskan peri pentingnya memartabatkan lagi kemandirian dalam memupuk pakar teknikal kejuruteraan yang berorentasikan masa depan, terus meningkatkan status sosial warga jurutera, mewujudkan syarat bagi mereka untuk menjadi bakat yang berkaliber dan berkeupayaan membuat sumbangan, mewujudkan suasana untuk belajar daripada mereka yang berkemahiran dan bijak, rajin bekerja, berusaha mengatasi kesukaran, dan memperkasa inovasi serta mempercepatkan pembinaan barisan jurutera yang cemerlang dalam lingkungan yang lebih luas. 

Xi menzahirkan harapan agar warga juruteknik dan jurutera di seluruh negara menegakkan cita-cita untuk berkhidmat demi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat melalui kemajuan sains dan teknologi, bersemangat gigih untuk membuat lonjakan dalam penyelidikan teknologi yang bersifat kritikal, membangunkan projek berkualiti tinggi, menggalakkan penjanaan daya produktiviti baharu, mempercepatkan langkah untuk mewujudkan kemandirian bertahap tinggi dalam bidang sains dan teknologi, dan meningkatkan sumbangan kepada pembangunan tanah air yang bertunjangkan modenisasi ala China dan kebangkitan nusa dan bangsa.