China Beri Alat Penyapu Ranjau dan Barang Kemanusiaan kepada Kemboja

2024-01-20 15:09:59  cri
Share with:

Majlis penyerahan alat penyapu ranjau dan barang kemanusiaan sempena majlis penandatanganan MOU kerjasama penyapu ranjau China-Kemboja telah diadakan di Phnom Penh Khamis lalu, dan turut diserikan dengan kehadiran Duta Besar China di Kemboja, Wang Tianwen, serta Menteri Hal Ehwal Negeri Kemboja yang juga Naib Pengerusi Pertama Agensi Bantuan Mangsa dan Tindakan Penyapu Ranjau, Ly Thuch.

Wang berkata, China menyumbang alat penyapu ranjau dan barang kemanusiaan kepada Kemboja serta menandatangani MOU kerjasama penyapu ranjau yang baharu dengan Kemboja. Ini mencerminkan China bukan sahaja bertindak pantas dalam menyokong Kemboja memperjuangkan matlamat menyapu semua ranjau menjelang 2025, malahan juga bersolidariti melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global.

Ly Thuch bagi pihak Perdana Menteri Hun Manet mengucapkan terima kasih kepada China. Menurut beliau, China telah membantu Kemboja menyapu kawasan ranjau seluas lebih 100 kilometer persegi, mengesan (menggali) ranjau sebanyak 78 ribu butir dan menyelamatkan lebih 1.5 juta nyawa. Pada masa yang sama, China juga secara aktif membantu Kemboja melatih pekerja penyapu ranjau.

Ly Thuch berkata, pihaknya yakin akan mencapai pencapaian yang lebih menonjol dalam kempen penyapu ranjau atas sokongan dan bantuan China.

Sejak 1999, China telah banyak kali memberi bantuan kepada Kemboja melalui menawarkan latihan penyapu ranjau, menderma modal dan alat penyapu ranjau serta menghantar pakar berkenaan untuk memberi tunjuk ajar.