Mesyuarat Kumpulan Kewangan China-AS Ketiga di Beijing

2024-01-20 15:46:18  CRI
Share with:

Mesyuarat Kumpulan Kewangan China-Amerika Syarikat (AS) ketiga telah diadakan di Beijing pada kelmarin dan semalam.

Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Gabenor Bank Rakyat China, Xuan Changneng dan Penolong Setiausaha Perbendaharaan AS itu menyaksikan penglibatan pegawai dari pihak China melibatkan Kementerian Kewangan, Jabatan Pentadbiran Am Kawal Selia Kewangan Negara, Suruhanjaya Penyeliaan Sekuriti China (CSRC), Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing,  serta dari pihak AS yang membabitkan Rizab Persekutuan (Fed) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Negara (SEC). Kedua-dua pihak telah mengadakan komunikasi yang merupakan bukti profesionalisme, praktikal, tulus ikhlas dan bersifat membina berhubung kestabilan mata wang dan kewangan, kawal selia kewangan, pasaran kewangan, pembayaran transnasional, kewangan lestari, dan tadbir urus kewangan global.