Wang Yi UcapkanTahniah kepada Menteri Luar Perancis Baharu

2024-01-20 15:23:13  cri
Share with:

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar China, Wang Yi telah merakamkan ucapan tahniah kepada Stephane Sejourne yang baru dilantik sebagai Menteri Eropah dan Luar Perancis pada Rabu lalu.

Wang berkata, di bawah pimpinan strategik pemimpin kedua-dua negara pada tahun-tahun kebelakangan ini, China dan Perancis sebagai dua negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan negara kuasa besar yang berdaulat, terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, mengintensifkan kerjasama pelbagai bidang demi manfaat rakyat kedua-dua negara, malah memberi sumbangan positif terhadap keamanan, kestabilan dan pembangunan dunia.

Menurut Wang, tahun ini ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis. Beliau bersedia bersama-sama Stephane Sejourne untuk melaksanakan kata sepakat dicapai pemimpin kedua-dua negara, dan mengekalkan interaksi dan penyelarasan dalam menangani isu bilateral, rantau dan antarabangsa yang penting supaya dapat mendorong perkongsian kerjasama strategik komprehensif China-Perancis melonjak ke satu tahap yang baharu.