PBB Lancarkan Setem Tahun Naga

2024-01-21 15:12:30  CRI
Share with:

Jabatan Pentadbiran Pos Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPA) pada Jumaat lalu melancarkan satu set setem yang bertemakan Tahun Naga sebagai sambutan di ambang Tahun Baharu Cina (TBC).

Edisi setem Tahun Naga yang berbentuk sepapan ini terdiri daripada 10 keping dengan setiapnya bernilai USD1.50 (RM7.08), dan keseluruhannya berharga USD17.95 (RM84.68).

Corak naga untuk setem edisi ini merupakan karya Pan Hu, pereka bentuk dari China.